BANDAR SERI BEGAWAN
ISNIN, 04 MUHARRAM 1447H / 30 JUN 2025
Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah
1447. Ianya dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya dan berlangsung
di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Hadir selaku tetamu kehormat di Majlis tersebut ialah
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri
Pembangunan.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran surah At Taubah
ayat 17 hingga 22 oleh Yang Mulia Awang Muhammad Aqil bin Haji Daud, Pengawas Tingkat Khas,
Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya. Manakala bacaan intisari pengajaran dibacakan
oleh Yang Mulia Dayang Zurainah binti Haji Awang Abdul Rahman, Penolong Pegawai Projek Tingkat I,
Kementerian Pembangunan.
Majlis seterusnya diikuti dengan Ceramah Khas sempena Sambutan Ilal Hijrah 1447 bertajuk
“Menelusuri Ibrah Peristiwa Hijrah Dalam Mencapai Kecemerlangan” yang disampaikan oleh
Yang Mulia Ustaz Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pegawai Hal Ehwal
Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Majlis turut disemarakkan lagi dengan alunan dikir marhaban dan doa kesyukuran bagi meraikan
seramai 20 orang Jemaah haji yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian
Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah kembali ke tanah air baru-baru ini dari
menunaikan ibadah haji.
Turut hadir di Majlis tersebut,Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha
Tetap, Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohammad
Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan;
Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur,
Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Pemangku Ketua Pengarah Kerja
Raya, Yang Mulia Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, pegawaipegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.




